Moose here, sudah lama tidak update blog. rindunya dengan komen pembaca setia, hihi..
harini moose update pasal novel Kampung Girl. pertama kali moose baca novel tau. itu pun selepas pujuk rayu mummy yang tercomel. haha. bila moose baca novel ni. asik tersenyum sorang2, kalau dapat tau orang ni mesti malu gila. tapi buat apa kite nak malu kan. bukannya dosa baca pun baca novel ni. tak percaya korang try baca. best best best. sumpah tak tipu. dah masuk 3 hari moose baca sampai lupa nak makan dan mandi. keluar rumah pun bawak jugak novel ni. gila kan? haha. tapi itu laa hakikatnya. novel ni buat moose terasa macam moose yang dicerita kan didalam cerita kampung girl ni. cerita ni mengisahkan kampung girl yang ayu lagi manis dan budak bandar yang hatinya keras serupa batu.. jalan cerita cintanya sangat menarik dan boleh buat tertanya-tanya macam manakah kisah akhirnya. kalau nak tau kene lah baca. hihi. kata2 yang paling moose ingat dalam cerita ni. dengar ye kawan2. Dalam perjalananku, masih jauh harusku tuju.. Aku mencari-cari cinta, cinta yang tulus dan sejati.. Kerna aku percayakan, cinta suci yang datang dari hati.. hee. macam mana dengan kata2 ni? dalam cerita novel ni. banyak mengajar moose tentang cinta yang ikhlas. kita janganlah selalu berbangga diri sedangkan kite semua pun tercipta daripada tanah dan akan kembali semula ke dalam tanah juga. cube lah kekal kan cinta ini sampai bila2. kerana sesuatu yang berharga kadang2 akan terlepas juga :')

Terima kasih sudi baca, selepas baca novel jiwang ni. moose teringin suatu hari nanti nak mencipta sebuah novel yang boleh membuat kan semua orang tersenyum dengan sendirinya..