Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah kerana selamat kan nyawa ku dua kali dari maut. aku tahu ini balasan ku kerana sering berbuat dosa. kawan-kawan nak tau tak, semasa kemalangan hanya Allah yang aku ingat. time kemalangan tu terlintas di kepala aku yang aku akan pergi buat selamanya. tapi dua kali nyawa aku terselamat. bila aku balik rumah mummy aku terkejot kerana tangan aku berlumuran darah serupa zombi. mummy aku gelak2. dia kata haa tu lah taknak dengar cakap lagi. nak sangat merempit. takpa lah. malas nak bergadoh dengan mummy aku. dia kan mummy aku. takan nak gadoh pulak. bertambah lagi lah dosa aku. sampai bila aku nak jadi anak yang tak berguna kan. baik aku cuba ubah diri aku perlahan-lahan untuk menjadi orang baik. korang mesti tahu kan bila dah luka 1 badan mesti korang fikir macam mana nak mandi kan? betapa sakitnya lah bila kena air. kan kan? tapi yang penting jangan buat main perkataan accident. malaikat amin tau perkataan macam tuh.

untuk rakan-rakan yang suka merempit tu. sudah2 lah. bawak lah moto pelan2. sakit tau bila berbaring di atas jalan raya. ibarat jejantas kematian kau tahu tak. fikir2 kan lah yeah.