You See Me And I'm in love with you












Crazy girl , yes you! siapa lagi kan. 
orangnya kecil molek bermatakan warna coklat dan bergigi tersusun cantik.
kulitnya putih biasa jer. Orang yang happy dan manja. suka gila gila. 
Peramah dan disenangi orang sekeliling dan kerana itulah saya si jejaka yang terpahat dalam hatinya seringkali cemburu, haha. nasib badan. pertama kali terpandang mata coklat dan penuh dengan senyuman 
yang membuatkan hati ini terpaut untuk mengenali lebih rapat. Seorang perempuan yang pemalu dan sopan bila pertama kali bertemu, suara yang perlahan dan manja itu lah membuat hati ini terangau angau. Setelah lama perkenalan, hari demi hari makin kenal cara , perwatakan dan kebaikan masing masing. Saya bukanlah lelaki yang sepatutnya dan selayaknya untuk awak kerana di dalam diri ini terlalu banyak kekurangan. Tetapi saya sentiasa cuba dan mencuba untuk menjadi lelaki yang layak untuk awak sampai bila bila. Memang semua orang pernah bercinta dan dicintai, tetapi saya mencuba untuk mencintai awak dengan cara yang lain supaya awak merasakan kelainan dalam kebahagiaan awak saya selitkan kesedihan. kerana bila merasakan kesedihan semestinya ada pergaduhan. disitulah kita berlajar memperbaiki diri masing masing. semestinya akan ada adegan pujuk memujuk, belajar untuk untuk runtuhkan ego dan macam macam lagi. apa yang saya nak sampaikan ini apa jua yang akan berlaku selepas ini saya tetap sayang awak sampai bila bila sayang.... !