Woot woot, Assalamualaikum :3 Nampak Novel kat atas ni? ini novel yang paling tebal moose pernah nampak dan baca. Ada 1389 muka surat. mula mula rasa mcm malas nak baca sebab tebal giler kot. rasanya mahu seminggu habis ni. tapi bila Mummy dah cabar moose baca kan. dengan semangat moose baca tau. dalam masa 3 hari boleh habis *muka poyo* hahah. jangan buat muka terkejot lah :P ini novel kedua dari Melur Jelita moose baca. buku first dia lagi satu tu, tajuk dia ( Awak Suka Saya Tak? ) BESTSELLER tau buku tu. buku yang kali ni best jugak. boleh buat keluar air mata tau kalau siapa yang baca <3 ayat yang moose suka dalam ni "Saya doa, mendapat seorang isteri yang cantik sehingga bidadari pun mencemburuinya. Mempunyai hati selembut sutera, mata sesejuk salju, hidung mancung comel, bibir merah terbelah merekah, rambut halus beralun, wajah yang berubah warna ketika dia menangis. Kesan air matanya sangat mempersonakan. Mata, hidung, pipi dan dagunya bertukar warna kepada merah jambu. Sehingga menyentap tangkai hati, ingin memeluk dan mendekatkan kepalanya ke dada, menjaga dan melindunginya. Dengan harapan tiada sesiapa lagi yang akan menyakitinya. Bersamanya di sebuah dunia yang hanya ada saya dan dia. Hanya mata saya yang melihat keindahan dan kemekarannya. Hanya hidung saya yang menikmati keharumannya. Hanya bibir saya yang menikmati kemulusan kulitnya. Setiap kali dia menoleh terasa bunga mawar merah membuka kelopak indahnya, seakan akan menggamit hidung saya mendekat, menyentuh, menyayangi dan mencintai. Menciumnya yang begitu wangi dan manis. Memilikinya satu anugerah yang tidak ternilai sehingga bidadari pun tidak dapat menandinginya.. I love you, stupid! why are you so stupid that you don't realise that i've love you so much for all this while?! hehe. bila baca dari mula cerita. pasti korang teringin nak tahu penamatnya. kerana cerita ni sangat menarik <3